Sempena majlis hari guru ini, terdapat beberapa Anugerah di pertandingkan di kalangan Guru - guru. Pertandingan ini telah dijalankan dua minggu awal dari tarikh yang sepatutnya majlis ini dijalankan. Antara anugerahnya ialah,Anugerah Guru Popular, Anugerah Guru Sporting, Anugerah Guru Prihatin dan Anugerah Guru Disegani.
Sistem pemilihan dijalankan atas undian murid - murid. AJK bertugas telah menyediakan borang undian dan diedarkan kepada para pelajar Tahap 2 sahaja. Sokongan dan kerjasama murid - murid sangat baik dan memberansangkan.
Kemeriahan jelas terpapar di wajah warga Sk Sungai Damit sepanjang minggu Hari Guru. *Enjoyyy
Berikut antara para Pemenang bagi pertandingan Mewarna dan Mencipta Kad Ucapan Hari Guru di kalangan murid - murid.
Amir murid Tahun 3 - Anugerah murid paling CHOMEL... hehe
Berikut pula para pemenang bagi kategori Guru - guru
Cikgu Norasiah - Guru paling PRIHATIN
Cikgu Suraya - Guru paling DISEGANI
Cikgu Sawasah - Guru paling SPORTING
Cikgu Flora ( Saya ;p) - Guru paling POPULAR... Yippieee (Thank you students)
Antara orang kuat Majlis Sambutan Hari Guru
Cikgu Jasmin dan Guru Besar Sk Sungai Damit (Puan Clara)
Sekian... (^__^)
Photo courtesy to Anna Sawasah










