Minggu pertama hari persekolahan agak 'Suram' ini mungkin disebabkan cuaca yang mendung, hujan dan berangin. Perubahan Monsun agaknya.
Apapun keadaan yang berlaku, P&P harus dijalankan seperti biasa. Namun demikian, keinginan belajar para pelajar agak kurang memberansangkan, mungkin disebabkan oleh cuaca yang tidak menentu dan juga mungkin disebabkan oleh para pelajar masih berada dalam Mood percutian.
Begitulah keadaan sekolah apabila bermulanya pembelajaran selepas cuti selama 2 minggu. Tidak banyak yang berlaku minggu ini cuma guru - guru banyak memberi penumpuan dalam persiapan progam anjuran Bimbingan & Kaunseling pada 23 Jun 2011.
Ribuan terima kasih kepada rakan sekerja yang telah membantu saya dalam menyediakan kertas kerja dan persiapan lain untuk program ini. Diharapkan program ini dapat berjalan dengan lancar.
Percubaan pertama menganjur program atas nama saya sebagai Kaunselor >_<
No comments:
Post a Comment