Wednesday, 7 September 2011

Kata - kata peransang untuk pelajar UPSR

Pada ketika anda semua sibuk dengan persediaan untuk menghadapi peperiksaan seperti UPSR, adalah baik kiranya dapat kita renungkan sejenak kata-kata hikmat ataupun tips-tips yang keluar daripada mulut manusia-manusia terbilang di zaman mereka masing-masing. Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga anda dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam merealisasikan impian anda. 

Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat.

- Charles Cahier 

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.

- Charles Cahier 

Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya.

- James Allen 

Menyimpang seinci, rugi seribu batu.

- Peribahasa Cina 

Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.

- Benjamin Disraeli 

Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain.

- I. Salanter Lipkin 

Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya.

- Aristotle 

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya.

- Albert Camus 

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya.

- Marcus Aurelius 

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.

- Jose Joaquin Olmedo 

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat.

- Joseph Conrad 

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang.

- William J. Siegel 

Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.

- Philip Massinger 

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.

- Lao Tze

Kegagalan adalah asas kemenangan

- Lao Tze 

Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.

- Lao Tze 

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.

- Flower A. Newhouse 

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.

- Samuel Johnson 

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.

- Cecil B. DeMille 

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan.

- Peribahasa Arab 

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

- Peribahasa Melayu 

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.

- Confucius 

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi.

- Confucius

No comments:

Post a Comment